UPM : PEJABAT BENDAHARI

 

ENGLISH       

UTAMA

MENGENAI KAMI

ORGANISASI

STAF

BERITA

HUBUNGI KAMI

SOALAN LAZIM

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Pejabat Bendahari


Anda Pelawat Ke :
 
StatCounter - Free Web Tracker and Counter
 

 

MAKLUMAT

 

PERISTIWA

 
 

PENAFIAN

 


S
elamat datang ke Universiti Putra Malaysia dan terima kasih di atas kesudian anda untuk melayari laman web Pejabat Bendahari UPM. Saya bagi pihak seluruh warga kerja Pejabat Bendahari merasa amat bangga di dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada Universiti dan menyokong penuh wawasan UPM menjadi universiti bertaraf dunia dalam tempoh terdekat ini. Laman web ini adalah wadah penyaluran pelbagai infomasi terkini yang ingin dikongsikan bersama untuk manafaat semua pelanggan pejabat ini khususnya dan universiti amnya.

Kejayaan memenangi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kewangan (AKPK) untuk kategori Badan-badan Berkanun bagi tahun 2007 anjuran Kementerian Kewangan Malaysia adalah bukti komitmen kami di dalam memberikan perkhidmatan kewangan yang terbaik dan berkualiti tinggi sejajar dengan status UPM, sebuah Universiti Penyelidikan. Ini bukanlah titik noktah atau penamat di dalam usaha kami membudayakan kualiti di dalam perkhidmatan tetapi hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah awal proses penambahbaikan yang berterusan pejabat ini yang beriltizam untuk memenuhi eskpektasi para pelanggan; suatu impak positif yang Kami kutip dari jerihpayah menggapai pengiktirafan persijilan ISO SIRIM.

Kami percaya bahawa masih terdapat banyak lagi penambahbaikan yang mampu dilakukan dari masa ke semasa dan berharap para pelanggan dan pengunjung sudi memberikan input-input sama ada dalam bentuk cadangan, pandangan, teguran dan maklumbalas kerana kepuasan pelanggan adalah agenda utama Pejabat ini.

Terima kasih.

Zulkiflee bin Othman
Bendahari
Universiti Putra Malaysia
 

BERITA

 
 

Capaian Pantas